Please note, this is a STATIC archive of website developer.mozilla.org from 03 Nov 2016, cach3.com does not collect or store any user information, there is no "phishing" involved.

Bagaimana Membuat Akaun MDN

Artikel ini perlu semakan editorial. Cara untuk anda membantu.

Terjemahan ini belum lengkap. Sila bantu terjemahkan artikel ini daripada Bahasa Inggeris.

Untuk membuat apa-apa perubahan kepada isi MDN (dengan menyunting laman web atau menyumbang suatu demo), anda memerlukan satu profil MDN. Jangan bimbang, anda tidak perlu profil jika anda hanya ingin membaca dan mencari isi MDN! Panduan tersebut akan membantu anda mendirikan akaun MDN anda.

Mengapakah MDN memerlukan alamat e-mel saya?

Alamat e-mel anda digunakan dalam pemulihan akaun dan juga diguna oleh pentadbir MDN untuk menghubungi anda mengenai akaun atau aktiviti anda dalam laman web.

Tambahan pula, anda boleh mendaftar untuk menerima notifikasi  (seperti apabila laman-laman tertentu diubah) serta mesej (contohnya, jika anda ingin menyertai pasukan ujian beta kami, anda mungkin menerima e-mel tentang ciri-ciri baharu yang memerlukan ujian).

Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan pada MDN dan akan diguna mengikuti polisi privasi kami sahaja. 
  1. Anda dapat melihat satu butang yang dilabel "Sign in with" di bahagian teratas semua laman MDN. Menuding tetikus anda pada butang ini (atau ketik padanya jika anda sedang menggunakan alatan bimbit) untuk menunjukkan satu senarai servis pengesahan yang kami menyokong bagi log masuk MDN.
  2. Pilih cara log masuk daripada salah satu servis yang dipaparkan. Apa-apa servis yang anda pilih selain daripada Persona akan disenaraikan dalam profil awam anda.
  3. Ikuti arahan servis tersebut untuk menyambung akaun anda ke MDN.
  4. Apabila anda dikembalikan ke MDN, anda akan diminta untuk mendaftarkan satu nama pengguna dan alamat e-mel. Nama pengguna anda akan dipapar secara awam untuk kredit kerja yang anda lakukan. Janganlah mengguna alamat e-mel anda sebagai nama pengguna. 
  5. Tekan butang yang dilabel "Create my MDN profile".
  6. Jika alamat e-mel yang anda beri di Langkah 4 tidak sama dengan alamat e-mel yang anda guna dengan servis pengesahan, anda perlulah mengesah e-mel anda dan tekan pada link dalam e-mel pengesahan yang akan dihantar kepada anda. 

Itu sahaja! Anda mempunyai sebuah akaun MDN dan boleh segera menyunting atau tag laman-laman web, atau serahkan demo! 

Anda boleh tekan pada nama anda di bahagian teratas apa-apa laman MDN untuk melihat profil awam anda. Dari situ, anda boleh tekan pada butang "Edit" untuk membuat perubahan kepada profil anda seperti berkongsi lebih banyak tentang minat anda, tambah link-link ke akaun Twitter atau blog anda dan lain-lain lagi.  

Nota: Nama pengguna baharu tidak boleh mangandungi ruang atau kata "@". Ingatlah nama pengguna anda akan dipapar secara awam untuk menunjukkan kerja yang anda buat!

 

Tag Dokumen dan Penyumbang

 Penyumbang untuk halaman ini: shufay, teoli
 Terakhir dikemaskini oleh: shufay,